Allahumma salli ala muhammad !
Wednesday, 11 April 2012 | 01:27 | 0 comments
Assalamualaikum , salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog saya
Di sini saya hendak berkongsi pengalaman saya diganggu jin sewaktu tidur .
Saya mengaku saya seorang yang tidaklah kuat imannya , sering melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah dan seorang yang kuat menangis dan merintih .
Beginilah ceritanya, pada tahun lepas saya mengikuti kem hmm kalau tidak silap, di Batu Pahat.
di situlah pada mulanya saya dapat merasai sesuatu mengikut saya hinggalah saya pulang kembali ke Johor Bahru ,dan ada sesuatu peristiwa yang pasti tidak akan saya lupakan telah berlaku di kem itu . Pada waktu malam, kira2 pukul 2 lebih , saya telah diganggu oleh makhluk itu , perkara ini juga disedari oleh sepupu saya yang juga menyertai kem tersebut . Saya tidak lena tidur pada masa itu .
Setelah pulang ke Johor Bahru , saya seperti dapat merasa makhluk itu mengekori saya kerana setiap kali saya berseorangan , bulu roma saya akan tiba-tiba naik .
Pada suatu malam, saya mengakui yang saya telah diganggu makhluk itu kira2 pukul 3 pagi . badan saya terasa seperti tidak bermaya, sesak nafas . saya meraung-raung 'MAMA' , saya dapat mendengar suara saya telah berubah menjadi lebih garau , kaki saya menjadi lebih panjang .saya cuba kuatkan diri untuk berselawat , nasib baik makhluk itu telah pergi . Saya bingkas bangun dan mengejut ibu saya sambil menangis-nangis ketakutan . Astaghfirullahalazim . Allah saja yang tahu keadaan saya pada waktu itu .
Setelah kejadian itu berlaku, ayah membawa saya berjumpa seorang doktor yang juga boleh merawat orang yang diganggu makhluk ini . makhluk itu duduk di dada saya.
Walaupun telah diubati, saya tetap merasa makhluk itu seperti mengekori saya , terutamanya pada waktu malam . Kadang2 saya terpaksa tidur lewat kerana kerja sekolah yang banyak. Itu memang sudah menjadi kebiasaan , bukan sahaja bagi saya malah rakan2 yang lain juga . pada malam itu, saya pergi ke tandas dan tiba2 , paip air di sinki terbuka sendiri. saya terus mematahkan niat untuk membuat kerja sekolah dan terus tidur . Jika bersendirian juga , atau sewaktu menangis bulu roma juga akan menaik dengan sendirinya . Selain itu, saya sering pening kepala dan rasa melayang pada waktu2 senja. Waktu solat pun bulu roma menaik , sehinggakan ada suatu masa saya berdoa dengan kuat sewaktu solat kerana terlalu gerun.
Saya berkongsi ini hanyalah untuk kita sama2 jadikan tauladan . Ini juga jawapan saya kepada solan guru agama saya, Ustazah Wizana yang selalu risau akan keadaan saya yg kelihatan seperti orang tak bermaya, sakit. Inilah masalah yang telah membelenggu saya, ustazah.
Mungkin pengalaman saya ini tidak seberapa, ramai lagi yang mempunyai pengalaman yang lebih teruk. Ujian Allah ini ada hikmah di sebaliknya. Saya menyedari segala kesilapan saya selepas menghadapi ujian ini.
Mungkin pengalaman saya ini tidak seberapa, ramai lagi yang mempunyai pengalaman yang lebih teruk. Ujian Allah ini ada hikmah di sebaliknya. Saya menyedari segala kesilapan saya selepas menghadapi ujian ini.
Allahuakbar !
Terima kasih kerana sudi membaca , Assalamualaikum
With love,
NurMaisarahTahir♡