Kem KASEH ; Kem Anak Soleh ♥
Thursday, 15 December 2011 | 06:00 | 0 comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh to all my silent readers ;)
Harini Maisarah nak kongsi sikit pengalaman dekat kem KASEH yang Maisarah pergi minggu lepas
Kem ni sangat menarik ! mungkin lepas baca ni ade yang berminat nak sertai
tapi kem ni dikhususkan kepada anak-anak FELCRA sahaje ,
Maisarah ni pon bukannye anak FELCRA, cousin je yang mama die keje FELCRA,saya menumpang sahaja ^^v
soo , nak kongsikan pengalaman yang menarik yang Maisarah dapt kat sana niii :D
hari pertama Maisarah smpai kat sana , mmg dapat ramai kawan la , masing2 berkenalan :)
tapi sorryla, Maisarah cuma ingat sikit je name ^^v sebab dh trlalu ramai hoho -..-
Hari pertama , ade sesi icebreaking :)kami semua dibahagikan kepda kmpulan :)
Kumpulan Maisarah dinamakan kumpulan Halimatun Sa'adiah :D smua ahli dalam kmpulan tu mmg friendly gila la ! then mase last2 kitorang dapat Anugerah kumpulan air mata terbaik ;) haha
ini dia kumpulan Halimatun Sa'adiah :D
ini dia kumpulan Halimatun Sa'adiah :D
lepastu kami diajar cara senyum KASEH , senang je !
macam korang smua sebut cheese mase senyum tu kan , ni korang tukar perkataan KASEH ,
okay cube try ! :D aloloo comelnya die senyum ;) Haha
lepastu kami diajar cara nak peluk KASEH ;) yang ni susahla nk ckp mcm mane caranye haha :3
tu je kot yang berlaku mase hari pertama ? :3 lupe sudahhh -..-
Hari kedua , Maisarah kongsi pengalaman yang paling best je k ? ^^v
sooo mase hari kedua ni , sesi yang paling best , sesi kembara spiritual la .
okay masa ni , mmg sangat sedih . kitorang smua dipaparkan 3 jenis video, smuanya berkaitan dgn kematian.
video yang first , video orang tengah jalan dekat tepi jalan kena langgar kereta dgn tiba2.
video kedua , orang pergi dkat air terjun ni , lepastu dengan tak disangkanye tibe2 ade air banyak mengalir .
masetu ade bbrapa orang tgah melintas dkat air terjun tu . mereka mati dibawa arus ,mase tgah nk melintas tu.
video ketiga, ade seorang guru ni , meninggal dunia sewaktu dia sedang mengajar .
kalau korang diberi pilihan nak mati cara yang mana satu , korang pilih yang mana ? mestilah nombor 3 kan?
Selepas itu, kami dipaparkan video titanic,
pengacara majlis minta kami smua bayangkan , kitorang smua di dalam kapal titanic tu .macam mane kalau kitorang smua tak sempat nak pulang ke rumah , tak sempat berjumpa keluarga tersayang . tak sempat nak minta maaf dekat smua kenalan kita .
dalam aktiviti ni setiap seorang diberi 2 chopsticks . chopsticks tu adalah nyawa . jikalau anda nak pulang ke rumah , terus bersama keluarga , ambillah satu chopstick drpd kawan . jikalau anda tidak sanggup melihat rakan2 anda yang bersama anda di dalam kapal tu , berilah mereka 1 chopstick . betapa sedihnya bila difikirkan kembali , dosa-dosa kite terhadap ahli keluarga , kawan-kawan . bila difikirkan , ada rasa nak ambil 1 chopstick dari kawan , sebab nak perbetulkan balik amalan masing2 , ada juga rasa nak beri chopstick kepada kawan sebab tidak sanggup melihat mereka meninggal dunia di hadapan kita .
sangat keliru masa tu . semua orang menangis teresak-esak mase tu . kecuali golongan lelaki la , control macho leteww :p
kalau korang , korang pilih yang mana ? fikir-fikirkan lah ;)
Hari ketiga pula , aktiviti yang paling menarik perhatian Maisarah , bila kitorang smua disuruh untuk menulis surat untuk Rasulullah S.A.W . betapa sedihnya hati bila memikirkan pengorbanan baginda untuk mempertahankan agama Islam . cuba korang smua fikirkan , dunia pada zaman sekarang ni . sekarang warta berita dah penuh dengan isu kes buang bayi , kes rogol dan macam2 lagi . Ya Allah . kejamnya kite terhadap Rasulullah S.A.W . baginda telah berusaha sedaya upaya untuk mmpertahankan agama . banyaknya dosa yang telah kite buat . tapi kita sedikit pon tidak menghargai usaha Rasulullah S.A.W . Astaghfirullah .
Masiarah sendiri sedih bila fikirkan . hmm ,kalau Maisarah tak pergi kem ni , agak2 Maisarah akan terfikir tak nak tulis surat kepada Rasulullah S.A.W ? memang tak lah kan ? haih . insaf -.-
haritu , sayu sangat hati ni bila dengar beberapa puteri dan putera KASEH baca surat yang mereka tulis .
Maisarah teringin nak baca surat tu , nak kongsi perasaan Maisarah jugak , tapi takpelah ^^'' ayat saya tidaklah seindah orang yang terpilih untuk baca haritu :3
baiklah , itu sahaja yang Maisarah nak kongsikan :)
ni pengalaman yang paling best Maisarah dapat dekat sana .
Sekarang ni pon, Alhamdulillah , berkat Maisarah sertai kem tu , Maisarah dah mula insafkan diri , muhasabah diri ,
kepada anak2 FELCRA negeri2 lain , kalau ada program ni pergi tau ! jangan tak pergi !
kalau tak pergi memang tersangat-sangat rugi ;)
terima kasih kepada yang sudi membaca :) Assalamualaikum
With love,
NurMaisarahTahir♡
NurMaisarahTahir♡
